BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 27, 2010

NEW LIFE IS FUN !

cabaran terhebat hidup! menjadi bujang setelah bercerai talak tiga haha dia meor. kalau talak tiga tak adalahlah tempoh idah dan tak boleh jugak rujuk2. apa punya. tapi banyak  pula cerita yang didengari entah betul atau tak , kebenaran pasti memihak. biarlah masing-masing dengan hidup masing-masing. HAHA angan-angan nak kahwin dengan anak RAJA konon. sabtu lepas kazen IMA dan YONG tidur rumah. entah malam tergerak nak minta putus. berjaya dibuat tanpa mengalir setitis mata, dan sumpah rasa saat tu paling HEARTLESS, dia tak payah cakap sememangnya. 2 tahun 6 bulan 3 hari banyak suka duka menguji kesabaran ketabahan hati haha well, nak buat macam mana , jalan ni terbaik kott, kalau dia samgup tunggu lagi 7 tahun kott. advice ZIK ZAHAR, IQA RAHMAT, banyak membantu.terima kasih SAHABAT.

esok pagi bangun ingatkan mimpi, rupanya memang betul terjadi, so bermulalah hidup bujang haha. the whole sunday sibuk macam lebah. malam dinner celebrating kakak punya wedding, siap last minute hasil nya haha macam annual dinner juga. teringat detik-detik annual dinner .

so hari ni, my 1st day to start the work. sumpah cuak gilaa macam orang tunggul yang hanya menunggu arahan . tapi lama-lama, banyak perkara yang dipelajari. GREETINGS yang wajib dijawab, staff-staff yang cukup baik prihatin. permulaan yang rasa macam nak berhenti kerja nak nagis nak balik rumah. tapi kuatkan hati " ni baru 1st day " so kita tunggu few more days, kuatkan semangat untuk bekerja. kerja bukan berdasarkan duitan , tapi berdasarkan ilmu yang diperoleh .

Saturday, December 18, 2010

the beginning of the end ,



15-21 NOV 2010
well, kehidupan sekolah tanpa mereka. sesuatu yang agak menarik. merasai hidup bersama batch. moment yang takkan dilupakan. bermula hidup di floor bawah sehingga tamat spm.  memilih dorm untuk tinggal bersama SCHA,FARAH,IQA,BUNTAT,HAFIZSAH.. combination kami mmg akn gegarkan SABDA haha. perubahan baru pabila FARAH mula belajar bersama SYEIKH.FAIZ. well , bagus juga mereka study sama, they look so SWEET ! the whole week hanya membazirkan masa dduk di dorm. pelbagai gaya belajar diterokai . yang pasti akan diakhiri dengan TIDUR ! seolah sekolah tanpa peraturan. telefon bimbit bebas sana sini, pergaulan OMG, pengumpulan dosa yang tak tertanggung. perasaan untuk SPM, masih ZERO !

fly sebentar,

22-28 NOV 2010
minggu yang dinanti-nanti oleh anak kelahiran '93.minggu yang hanya dilalui sama seperti minggu sebelumnya. pertikaian antara kami mengenai bilakan kami bakal merasa bahawa kami mmg sedang menduduki SPM, tapi mustahil, sehingga kini masih belum merasakan lagi. pelbagai kepincangan yang berlaku, antara kami , dormate lain, among batch dan sebagainya.

lauk tersedap dirasai

29-5 DIS 2010
detik demi detik berlalu, haha tak sangka dah 3 paper berakhir, perlu menempuh lagi 6 paper. mggu yang merupakan mggu paling TOUGH , subject nya ,perghhh TERBAIK habis ! masih mengira detik-detik terakhir pertemuan. kurang dari 500 jam untuk bersama semua, hampir 2 tahun hidup bersama .keajaiban berlaku untuk fizik, usaha tangga kejayaan ! pembelajaran yang hanya berdasarkan peperiksaan , perdebatan hebat antara kami ;) dan yang paling menakjubkan , DEWAN MAKAN SABDA sponsor the bbq of NOVA-X batch. sumpahh sgt tak percaya. everyone seems like 'biar betul dm kita ni ' hahah, dan mlm bbq, sgt terasa akn merindui moment ni. lelaki berkejaran di tgh padang, perangai seperti bdak 10 tahun. terbaik !

THE GILA'S


6-12 DIS 2010
semakin hampir masa yang dinantikan.perjuangan terakhir untuk kehidupan disekolah. impian kami semua, melakar memori di tangki air yang menjadi mercu tanda bagi tibanya kami di SABDA. tetapi tupai jatuh ke tanha. kami tertangkap dan berjaya memboloskan diri.haha kepuasan dinikmati sepenuhnya.last paper, janji yang sekian lama tertanggung, tertunai juga. the word i would not forget, zik:" LOSER! " haha nak buat mcm mana, hati dah tewas, tapi dah bangkit kembali setelah mengalami beberapa peristiwa. berpelukan untuk kali terakhir, kata-kata dihabiskan tanpa sebarang penangguhan, dan akhir kata : ' SELAMAT TINGGAL SAHABAT '. perjalanan hidup disambung terus pulang ke kg halaman. kawasan yang paling bosan tanpa sebarang teknologi dirumah.  hidup pula terpaksa bertukar prinsip, hanya dibenarkan bercinta setelah mendapat kerja tetap setelah tamat pengajian di U. sgt mengejutkan , tapi apa boleh buat , bagus mengelakkan diri dari terus bergelumang dgn dosa-dosa maksiat.

kami, TASKA 19


13-14 DIS 2010
bermulanya era kehidupan dunia realiti sebenar. berpegang kepada azam yang teguhh, mencari rezeki yang halal dengan hasil titik peluh sendiri. nasib yang dijangkakan bakal menimpa mmg benar terjadi, orang yang ingin berubah menjadi sempurna di mataNYA sentiasa diuji, kerja yang kosong hanya menginginkan wanita yang mendedahkan aurat makhotanya. hati terlintas ''takkanlah sebab kerja nak jadi jahil '' diharap hati tetap berada di landasan yang benar.


15-17 DIS 2010
hari yang sgt membosankan, membesarkan badan di rumah, menambahkan kenalan di facebook , rutin harian yang wajib dibuat. dan hasilnya, badan masih maintain .haha


18 DIS 2010
pagi bangun agak mengejutkan parent, haha mana tanya bangun pukul 8 pagi dan terus prepare the breakfast. planning for hari ni untuk pergi ke education fair bersama ATIEF FATHI. tren dinaiki keseorangan tanpa ditemani NURUL. nasib baik tunggu sekejap je. dalam tren . melihat gelagat manusia mengingatkan diri tentang buah hati haha. cuba untuk menghubungi tetapi gagal. cukup menghampakan hati. setiba di MID, manusia banjir amat sangat. minda pengetahuan terbuka setelah mendengar penjelasan  mereka. perut lapar reaction dalam badan berbunyi. decided untuk makan di NANDO'S . makan pun kne beratur, apalaaa, perjalanan pulang diselubungi rasa rindu huhh, melihat aksi maksiat di depan mata , hati berkata, nasib baik non-muslim. mencuba lagi untuk menghubungi tapi masih gagal, apa nak buat , rezeki tak ada.



*diri memikirkan nasib hidup di sebuah keluarga yang undiscrible, duduk semeja sewaktu makan tanpa bersuara menjadi rutin harian, masalah yang diluah tak pernah menjadi topik perbualan, maaf tak menarik, perbalahan sesama sendiri yang disebabkan hal kecil, kehilangan kewujudan seorang ahli yang cukup tak diendahkan. paling menyakitkan, pilihan kasih yang sangat ketara . ~anda dah cukup pandai dan pandai hidup berdikari jadi kewujudan saya dalam keluarga sangat tak dirasai. hati tabah menghadapi hidup dan berharap ditabahkan lagi hati menerima dugaan yang maha ESA.