BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 21, 2012

STAND, STILL .

Berdiam diri , 
Tidak bermakna kau telah menyakiti aku,
Tidak bermakna juga aku tawar hati, 
Juga tidak bermakna aku ingin jauh dari engkau.


Cuma, 
Fahami aku, 
Segala kehendak aku, 
Tiada kudrat yang berbaki untuk menempuh ini lagi.


Penantian, 
Penantian itu satu penyeksaan,
Kata-kata yang lazim didengari, malah turut dirasai,
Seperti menunggu buah yang tidak gugur,
Acap kali membuahkan hasil yang memakan diri sendiri.


Harapan, 
Hati masih kental untuk menghadapi dugaan mendatang,
Masih dikuatkan iman untuk mendekatkan diri kepada-Nya,
Doa yang tidak pernah putus agar dijauhkan dari sifat-sifat keji, 
Dan juga dibersihkan hati ini dengan petunjuk dan hidayah Mu.


Aku cuma perlukan masa untuk memperbetulkan diri,
Berfikir rasional untuk tindakan seterusnya, 
Dan membina kembali segala keyakinan dan kekuatan seperti dulu kala .

Izinkan aku untuk pulih sepenuhnya .

0 comments: