BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 29, 2012

TERIMA KASIH.

Assalamualaikum wbt, 

Hampir seharian awak berdiam diri tanpa sebarang berita dan khabar. Mungkin inilah rasa yang selalu awak rasa setiap kali dibuat begini. Jarang sekali malah tidak pernah awak bersikap sebegini. Seharian awak menghilangkan diri.

Yang paling terasa akan kehilangan , saya. Setiap masa yang berlalu hitungannya teramat perlahan. Setiap masa menunggu call or at least a mesej or report about delivered message. Tapi masih, sampai kini masih begitu, tiada apa dari awak.

Sepanjang masa jiwa dirobek bertubi-tubi. Kenapa awak lakukan semua ini? Memang diakui kebelakangan ini telalu banyak masalah yang menimpa. dan memang awaklahh yang selalu menjadi mangsa keadaan. Tapi awak begitu tabah dan sabar melayan karenah saya. 

Perasaan ini memang sangat memeritkan. Tak mampu nak hadapi berseorangan. Cukuplah malam yang begitu duka ditemani air mata. Bila awak nak kembali ? Tak tahu mana lagi nak cari awak. Bukannya saya takda effort, cukuplah hanya hati yang menanggung keperitan. Harap apa yang awak katakan sebelum ini, tidak tercapai. Sehari pun saya tak mampu, apatah lagi seminggu. 

Last, terima kasih untuk rasa ini  :)


0 comments: